Kekalkan kecekapan dengan Document Cloud dan OneDrive.

Dapatkan lebih daripada pelaburan Microsoft OneDrive anda dengan Adobe Document Cloud. Tukarkan fail Microsoft Office kepada PDF dan gabungkan dokumen menjadi satu fail tunggal tanpa perlu meninggalkan OneDrive.

Bekerja dengan lancar dengan fail PDF.

Jimat masa dengan aliran kerja PDF sambil bekerja dalam OneDrive untuk Perniagaan atas talian. Dan apabila anda bekerja dalam Acrobat, akses dan simpan fail dalam akaun OneDrive anda. Semudah itu.

Lakukan lebih atas talian. Tukarkan fail Office kepada PDF, gabungkan dokumen menjadi satu fail, dan susun semula halaman — terus daripada OneDrive untuk Perniagaan.

Tukar PDF. Tukarkan PDF ke dalam fail Word, Excel, or PowerPoint yang boleh diedit atas talian atau daripada peranti mudah alih anda. Acrobat mengekalkan semua format.

Mengurus kandungan dengan lebih baik. Membentang berbilang bahan dalam satu PDF tunggal, ringkas yang mudah untuk diarkib, dikongsi atau dihantar untuk ditandatangani.


Lancar dengan fail PDF.

Jaminan yang anda perlukan, daripada syarikat yang anda percayai.

Keselamatan. Lindungi data anda, dokumen anda dan syarikat anda dengan sumber keselamatan yang terkemuka dalam industri daripada Adobe.

 

Pematuhan. Penyelesaian Adobe Document Cloud memenuhi keperluan industri dan kawal selia yang paling mencabar — memudahkan anda untuk memastikan pematuhan dan mengumpul e-tandatangan yang sah atau mengesahkan penandatangan menggunakan pengesahan ID Kerajaan.

 

Kawalan. Dapatkan kawalan yang anda perlukan untuk mengatur dan mengurus dengan sumber penggunaan perusahaan dan panduan pentadbir kami.

Penyepaduan Microsoft + Adobe Document Cloud.

Guna penyelesaian Document Cloud dengan SharePoint untuk melancarkan aliran kerja dokumen anda. Dapatkan perjanjian ditandatangani serta-merta, dan bekerja dengan lancar dengan fail PDF.

Cipta dan kongsi PDF terus dalam aplikasi Office 365 anda. Anda juga boleh menghantar dokumen untuk tandatangan dan jejak status dalam Word, PowerPoint dan Outlook.

Hantar, tandatangani, jejaki dan fail kontrak dengan e-tandatangan yang anda percayai — di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, pada sebarang peranti — di dalam Microsoft Dynamics.

Ingin tahu lebih lanjut?

Sama ada anda memerlukan beberapa maklumat asas tentang penyelesaian kami atau anda mahukan sebut harga tersuai untuk persekitaran unik anda, kami bersedia untuk membantu anda menjawab soalan anda.