AI GENERATIF KREATIF

AI generatif berbanding AI jenis lain.

Terokai pelbagai jenis kecerdasan buatan (AI), cara AI dibandingkan dengan AI generatif dan cara Adobe menggunakan AI generatif dalam aplikasi Adobe Creative Cloud

LANGKAU KE BAHAGIAN

Al sentiasa ada dalam fikiran kita.

Selama berabad-abad manusia telah memahami kecerdasan buatan dalam mitologi dan fiksyen. Daripada Talos, automasi gangsa gergasi (mesin kendalian sendiri) yang melindungi pulau Crete dalam mitologi Yunani, sehinggalah HAL yang mengawal kapal angkasa pada tahun 2001: A Space Odyssey, imaginasi kita telah dizahirkan oleh idea mesin pintar yang dicipta oleh manusia.

 

Kini, teknologi AI adalah sebahagian daripada kehidupan seharian, menganalisis data, membuat ramalan dan meningkatkan produktiviti. Terbaru, dalam bentuk AI generatif, AI membantu kita mencipta seni.

Apakah itu kecerdasan buatan?

Kecerdasan buatan ialah simulasi kecerdasan manusia oleh mesin. Walaupun mitos kuno dan usaha berabad-abad untuk mencipta mesin yang boleh bertindak seperti manusia, contoh sebenar pembelajaran mesin yang pertama muncul pada tahun 1951 apabila program permainan dam di Universiti Manchester mempelajari cara bermain dengan cukup baik untuk mengalahkan pemain manusia. Ini ialah bentuk terawal AI permainan.

 

Hari ini, AI ada di mana-mana, terutamanya pada telefon dan apl mudah alih kita, yang melaksanakan tugas biasa seperti pengecaman muka, pengecaman pertuturan, penapisan spam, cadangan tatabahasa dan terjemahan bahasa.

Tiga jenis AI.

Tiada AI jenis tunggal yang melakukan semua perkara. Sama seperti kita menggunakan program komputer yang berbeza untuk pemprosesan perkataan, perakaunan dan penggubahan digital, terdapat pelbagai jenis AI yang berfungsi secara berbeza untuk mencapai matlamat yang berbeza. Jenis AI yang mungkin anda temukan pada hari tertentu dibahagikan kepada tiga kategori asas.

AI Khusus

Jenis AI ini melaksanakan tugas tertentu dan tidak belajar lebih daripada itu. Pengecaman imej, pemproses bahasa semula jadi dan penjana imej merupakan bentuk kecerdasan buatan khusus. Siri, Google Assistant dan Alexa ialah antara bentuk AI khusus. AI ini boleh memahami dan memberi respons kepada perintah suara, tetapi AI tidka boleh memberikan diagnosis perubatan yang tepat kepada anda.

Mesin reaktif

Seperti namanya, mesin ini hanya boleh bertindak balas terhadap rangsangan, seperti pergerakan sebiji catur pada papan catur maya. Ia tidak membina memori yang boleh ia peroleh pada masa hadapan seperti mesin AI memori terhad, tetapi ia adalah bahagian berguna dalam kehidupan digital. Penapis spam dan sistem pengesyor yang mencatatkan tingkah laku anda dan mencadangkan perkara yang patut anda tonton seterusnya atau perkara yang mungkin ingin anda beli ialah mesin reaktif.

AI memori terhad

Langkah seterusnya dalam pembangunan AI selepas mesin reaktif, memori terhad AI boleh menyimpan pengetahuan, belajar daripadanya dan melaksanakan tugas baharu berdasarkan pembelajaran tersebut. Jenis AI ini berguna untuk membuat ramalan, dan AI digunakan untuk meramalkan trend masa depan dalam semua perkara daripada kewangan sehinggalah cuaca. Ini merupakan jenis AI yang paling biasa digunakan hari ini, dan muncul dalam bot sembang dan kereta pandu sendiri.

Bangunan dilitupi dengan Tumbuhan

Tempat yang sesuai untuk penggunaan AI Generatif.

AI generatif ialah subset AI khusus, tetapi menawarkan julat kemungkinan yang luas untuk pencipta bagi semua jenis kandungan. Dilatih pada set data yang besar, AI generatif mengenali pola dalam data tersebut dan membuat kesimpulan tentang perkara yang dipelajari. Kemudian AI generatif boleh mengambil penerangan teks dan menggunakan pembelajaran mesin itu untuk mencipta corak baharu dan menghasilkan sesuatu yang baharu.

 

Sebahagian daripada perkara yang menjadikan AI generatif begitu menarik ialah betapa mudahnya untuk digunakan. Dengan menaip gesaan teks ringkas ke dalam medan, anda boleh mendapatkan hasil yang hampir serta-merta. Selain itu, terdapat banyak cara AI generatif boleh membantu dengan tugas besar dan kecil.

 

Pembangun web menggunakannya untuk membetulkan pepijat dalam kod komputer. Syarikat menggunakannya untuk bot sembang khidmat pelanggan. Para saintis menggunakannya untuk diagnostik dan penyelidikan. Guru, penulis, artis dan pemuzik semuanya menggunakannya untuk sumbang saran dan mencuba idea baharu dengan pantas.

Jenis AI generatif.

Sama seperti subset AI lain yang dibina untuk tujuan tertentu, AI generatif merangkumi pelbagai jenis model yang dibina untuk menghasilkan jenis kandungan yang berbeza.

Penjanaan teks

Penjanaan teks mungkin merupakan bentuk AI yang paling banyak diperkatakan, dan model AI bot sembang telah menjadi popular dan kerap muncul dalam berita. Orang ramai menggunakan penjana teks ini untuk segala-galanya daripada membaca pruf sehinggalah kepada menulis tinjauan dan mencipta kod.

Penjanaan imej

Penjana AI sepeti Adobe Firefly boleh menukarkan gesaan teks kepada imej. Penjana AI mempunyai pelbagai kegunaan untuk artis, pencipta kandungan dan pemasar. Dilatih pada ratusan juta imej dan kapsyen, penjana imej AI memberi sesiapa sahaja kuasa untuk menerangkan perkara yang mereka inginkan dan menjana imej baharu dengan pantas berdasarkan perihalan teks.

 

Artis dan pereka bentuk boleh menggunakan teknologi ini untuk menyumbang saran idea baharu dan mencuba cara baharu untuk membayangkan kerja mereka tanpa menumpukan masa kepada setiap lelaran. Pemasar dan pencipta kandungan bebas boleh menghasilkan imej yang cantik dengan pantas walaupun mereka bukan artis berpengalaman.

Penjanaan bunyi

Sama seperti penjana imej yang dilatih pada set data imej besar, penjana muzik AI dilatih mengenai muzik dan metadata. Penjana AI boleh mengenal pasti corak dalam genre muzik dan karya artis tertentu dan mencipta muzik baharu berdasarkan ciri tersebut.

Penjanaan video

Bentuk AI generatif ini menggabungkan ketiga-tiga bentuk penjanaan video, bunyi dan imej. Dilatih pada data yang merangkumi audio, video dan teks, model ini boleh membantu pengeluar video menjimatkan masa penyuntingan, menambah kapsyen, mengubah saiz untuk output yang berbeza dan juga menjana kandungan video baharu berdasarkan gesaan teks.

Kangaru melakukan terjun udara

Gesaan teks kepada imej: ultra hd, terjun udara kangaru

Adobe dan masa depan AI generatif.

Pada masa ini, anda boleh menggunakan Adobe Firefly sebagai penjana imej AI untuk menukarkan teks kepada imej, mencipta kesan teks, menambah atau menolak elemen dalam imej anda sendiri, serta mencipta variasi warna baharu dalam karya seni vektor. Tetapi Firefly juga dibenamkan dalam apl Adobe Creative Cloud seperti Photoshop dan Illustrator, memberikan pencipta kuasa untuk mengubah imej mereka dengan cepat dan kemudian menggunakan alat ketepatan yang telah wujud selama bertahun-tahun untuk menjadikan kandungan yang dihasilkan sesuai dengan mereka sendiri.

 

Tidak lama lagi anda mungkin boleh menjana vektor tersuai, berus dan tekstur daripada gesaan teks, menukar cuaca dalam video dengan beberapa perkataan atau menukar reka bentuk 3D kepada imej fotorealistik. Dengan ciri sedia ada dan ciri yang akan datang, pencipta daripada kalangan kebolehan akan dapat mengembangkan kreativiti semula jadi mereka dan menghidupkan apa jua visi.

Kongsi artikel ini

Memperkenalkan Adobe Firefly.

Kuasa AI generatif akan tiba pada produk Adobe kegemaran anda.

Anda juga mungkin ingin

Gesaan seni AI yang terbaik
Editor Foto AI
Penjana lukisan AI
AI Generatif mengubah kerja kreatif