Adobe Firefly
Gunakan bahasa harian untuk mencipta hasil yang luar biasa dengan AI generatif.
LANGKAU KE BAHAGIAN
Bagaimanakah AI generatif berfungsi di sebalik tabir?
Mengapa kecerdasan generatif begitu pintar?
Cara pelbagai jenis model AI generatif berfungsi.
Cara AI generatif berfungsi dalam dunia sebenar dan kelebihannya.
Cabaran kualiti, berat sebelah dan keselamatan dengan AI generatif.
Tempuhi masa depan reka bentuk dengan AI generatif Adobe Firefly.
Bagaimanakah AI generatif berfungsi daripada gesaan hingga output?
Sepanjang tahun lalu, kecerdasan buatan generatif telah menarik perhatian dunia. Jenis AI yang berkuasa ini mampu mencipta kandungan baharu — seperti imej, muzik, penulisan, atau kod — berdasarkan corak yang dipelajari daripada data yang sedia ada. AI generatif berfungsi dengan menggunakan input anda, seperti gesaan teks atau imej rujukan, kemudian menggunakan model yang canggih untuk menghasilkan output serba baharu yang sepadan dengan permintaan anda. Itulah sebabnya AI generatif boleh menghasilkan imej menakjubkan, menulis puisi, menjana kod perisian, atau mencipta lagu yang kedengaran tulen.
Tidak lama lagi, AI generatif mungkin menjadi aspek yang penting dalam kehidupan kita seperti telefon pintar. Namun bagi kebanyakan orang, ini masih menjadi misteri. Panduan ini meneroka tentang AI generatif dan bagaimana teknologi ini mungkin mengubah cara kita bekerja dan mencipta.
AI generatif yang kelihatan ajaib ini sebenarnya dikuasakan oleh teknologi kompleks yang belajar daripada data dan menggunakan corak untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ini akan menjadi lebih mudah difahami apabila perkara ini dihuraikan secara lebih terperinci.
AI generatif ialah kecerdasan buatan yang bukan sekadar menganalisis maklumat sedia ada, malah menjana kandungan yang serba baharu. Model dilatih menggunakan set data teks, imej, audio, atau video yang sangat besar, dan melalui set data itu, model akan mempelajari corak, hubungan, dan gaya. Apabila anda memberikan input kepada sesuatu model, seperti gesaan teks atau imej rujukan, model itu akan memanfaatkan perkara yang telah dipelajarinya untuk menghasilkan output asli yang sepadan dengan permintaan anda.
Itulah sebabnya anda boleh meminta bot sembang mencadangkan slogan dan mendapatkan idea yang segar dalam beberapa saat, atau menggunakan Firefly untuk mentransformasi perihalan menjadi imej yang kelihatan seperti lukisan tangan atau fotorealistik. Selain tugasan kreatif, AI generatif digunakan dalam bidang sains dan penjagaan kesihatan untuk mereka bentuk protein baharu, menambah baik rawatan barah, dan mempercepatkan penyelidikan. Potensinya memang amat besar dan sudah pun mula memberi kesan terhadap pelbagai industri.
Pada masa lalu, aplikasi komputer tidak dapat melaksanakan tugas melainkan manusia terlebih dahulu memberikan arahan yang jelas tentang cara menyelesaikan tugas tersebut. Arahan tersebut dipanggil "pengaturcaraan". Walaupun pengaturcaraan canggih boleh menghasilkan keputusan yang mengagumkan, aplikasi komputer tradisional tidak dapat melakukan sesuatu yang tidak dimasukkan oleh manusia dalam pengaturcaraan yang berkaitan.
Sistem AI generatif adalah lebih fleksibel kerana teknologi ini bergantung pada pembelajaran mesin, yang tidak memerlukan pengaturcaraan yang eksplisit. Sebaliknya, manusia memberikan komputer akses kepada data dalam jumlah yang besar. Mesin melatih dirinya untuk mengenal pasti corak dalam data tersebut dan, yang paling penting, untuk membuat kesimpulan daripada perkara yang telah dipelajari. (Di situlah pentingnya aspek pembelajaran bagi “pembelajaran mesin”.) Saiz dan kualiti set data adalah penting. Prestasi AI adalah bergantung pada data yang digunakannya untuk berlatih.
Menjawab soalan "Bagaimanakah AI generatif berfungsi?" adalah rumit, dan memerlukan usaha untuk memahaminya secara mendalam. Namun, anda tidak perlu memahami kesemuanya tentang AI generatif untuk memperoleh manfaat daripadanya. Anda boleh menggunakan app seperti Firefly, menaip apa yang ingin anda lihat — "tiga anak anjing labradoodle berlari di atas rumput" — dengan begitu sahaja, anda kini pengguna AI generatif. Tiada ijazah pengaturcaraan diperlukan.
Di sebalik tabir, AI generatif bergantung pada perkakasan berkuasa tinggi dan pengkomputeran berskala besar untuk berfungsi. Unit pemprosesan grafik (GPU) dan unit pemprosesan tensor (TPU) mengendalikan pengiraan besar-besaran yang diperlukan untuk melatih dan menjalankan model ini.
Prosesnya mempunyai dua fasa utama:
Semasa latihan, model belajar daripada set data teks, imej, audio, atau video yang sangat besar. Peringkat ini memerlukan tenaga yang tinggi disebabkan oleh keperluan penggunaan pengkomputeran teragih, pemprosesan selari, dan masa operasi yang panjang untuk mengenal pasti corak dan perhubungan.
Setelah dilatih, model boleh menjana output mengikut permintaan seperti menulis teks, menghasilkan imej, atau menterjemahkan audio menggunakan tenaga yang jauh lebih rendah. Inferens juga boleh dioptimumkan melalui teknik seperti pengelompokan dan pengaturan kedudukan dalam awan.
Untuk memahami cara AI generatif berfungsi, kita perlu melihat perkara yang berlaku sebelum anda menaipkan gesaan. Proses latihan AI melibatkan pembersihan dan pengumpulan data yang teliti untuk meningkatkan kualiti, pralatihan pada set data besar untuk membina asas pengetahuan, dan penalaan halus untuk tugas atau domain tertentu.
Maklum balas manusia dan pelarasan keselamatan juga penting kerana perkara tersebut membantu dalam menambah baik output dan mengurangkan berat sebelah yang tidak diingini. Di Adobe, latihan dibuat menggunakan data berlesen dan bebas hak cipta, termasuk kandungan daripada Adobe Stock, supaya profesional kreatif boleh menggunakan alat generatif dengan yakin.
Terdapat beberapa jenis model AI generatif, dan setiap satu berfungsi dengan cara yang sedikit berbeza. Memahami AI generatif berbanding dengan AI lain boleh membantu anda mengenal pasti jenis model yang paling sesuai untuk projek khusus anda.
AI membawakan pembantu maya kepada kita. AI generatif pula menyediakan pakar maya — walaupun dengan beberapa batasan yang akan kita bincangkan kemudian. Jadi bagaimanakah AI Generatif berfungsi dalam dunia sebenar untuk perniagaan, profesional, dan pengguna biasa? Dengan mencipta kandungan baharu mengikut permintaan, AI generatif membantu pasukan bergerak lebih pantas, meneroka lebih banyak idea, dan menghasilkan keputusan yang dahulunya memerlukan jauh lebih banyak masa dan sumber. Kelebihan AI generatif merangkumi kecekapan yang lebih tinggi dan kreativiti yang diperluas, dan ini menjadikannya alat yang berharga di seluruh industri.
Kecerdasan buatan generatif boleh menambah nilai dengan mengoptimumkan cara organisasi mengendalikan pengetahuan dalaman. Profesional kreatif boleh menggunakan alat seperti penjana watak AI Adobe Firefly untuk membangunkan watak unik bagi permainan, filem, dan kempen pemasaran. Kecerdasan buatan generatif berpotensi untuk membolehkan misalnya, ahli strategi syarikat pakaian mencari rekod inventori syarikat mereka dengan mengajukan soalan seperti, "Adakah kita menjual lebih banyak seluar pendek atau seluar panjang pada musim panas yang lalu?" Cerapan sedemikian boleh mempercepatkan proses membuat keputusan dan pembangunan strategi.
Selain contoh ini, kecerdasan buatan generatif juga digunakan merentas industri untuk meningkatkan produktiviti, meningkatkan kecekapan, dan mencetuskan kreativiti. AI generatif boleh menganalisis set data kompleks daripada hamparan dan laporan hingga imej dan carta dengan jauh lebih pantas berbanding dengan manusia, membantu pasukan menghasilkan cerapan dan memberikan cadangan. Bagi pemasar, AI generatif boleh memperkemaskan tugasan yang berulang seperti pengubahan saiz iklan atau pelaporan prestasi aset. Warga kreatif seperti pereka bentuk grafik boleh menggunakan AI sebagai rakan sumbang saran yang boleh mencadangkan arah baharu dan variasi yang mencetuskan idea yang segar.
Individu sudah pun menggunakan AI generatif untuk menjawab pertanyaan yang bersifat umum dan menjalankan penyelidikan. (Sila beri perhatian bahawa jawapan dan penyelidikan memerlukan semakan fakta oleh manusia — lebih lanjut tentang perkara ini dan kelemahan lain dalam bahagian “Batasan dan cabaran AI generatif” di bawah.)
Menghasilkan seni dengan AI generatif juga popular dalam kalangan individu. Anda boleh menguji konsep dengan pantas, membina papan ilham, dan mengimaginasikan adegan yang luar biasa menggunakan bahasa harian. Namun, terdapat juga masalah di sini kerana kebanyakan alat penjana seni AI dilatih menggunakan imejan berhak cipta.
Terdapat juga kebimbangan tentang hak cipta. Untuk membantu menangani kebimbangan ini, Adobe melatih Firefly menggunakan imej yang dilesenkan dalam Adobe Stock berserta kandungan yang dilesenkan secara terbuka dan kandungan domain awam yang telah tamat tempoh hak cipta. Memandangkan Firefly direka bentuk untuk digunakan secara komersial, app ini boleh membuka peluang kepada lebih banyak bidang lain, seperti seni komersial, reka bentuk, permainan, persekitaran maya dan banyak lagi.
Keupayaan AI generatif sungguh mengagumkan, namun kita perlu memahami batasannya. Cabaran seperti ketepatan, berat sebelah, harta intelek, dan peraturan yang sentiasa berkembang berkaitan etika AI, semuanya berpunca daripada cara AI generatif berfungsi di sebalik tabir.
Peraturan, dasar, dan pengawalan berkaitan AI generatif masih berkembang. Perniagaan dan individu perlu sentiasa kekal termaklum, mengkaji dasar privasi dengan teliti, dan mengelakkan daripada memuat naik maklumat sulit yang mereka ingin dirahsiakan. Bagi syarikat, ini bermakna semakan output perlu dibuat untuk menilai ketepatan, berat sebelah, dan kebimbangan hak cipta. Bagi individu pula, ini bermakna AI generatif perlu dianggap sebagai rakan kreatif, bukannya pengganti pertimbangan manusia.
AI generatif sudah pun mengubah kehidupan kita. Sebagai pakar maya, AI generatif boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam banyak industri. Sebagai rakan sumbang saran, AI generatif boleh meningkatkan kreativiti kita.
Teknologi di sebalik cara AI generatif berfungsi berkembang begitu pesat sehingga AI generatif esok mungkin kelihatan sangat berbeza daripada yang ada pada hari ini. Jika kita meneroka alat-alat ini dengan rasa ingin tahu dan berhati-hati, maka kita boleh menikmati manfaatnya — dan mengelakkan apa-apa kesulitan yang tidak diduga.
Ketahui cara AI Generatif mengubah aliran kerja dalam bidang seni bina. Daripada lakaran awal hingga model 3D lengkap, AI generatif membantu arkitek meneroka konsep, menghalusi reka bentuk, dan menggambarkan ruang dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Ketahui lebih lanjut tentang cara AI generatif berfungsi untuk seni bina.
Terokai cara AI generatif boleh mempercepatkan pembinaan dunia, reka bentuk watak, dan penciptaan aset — lalu memberi pembangun permainan lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada penceritaan dan permainan. Ketahui lebih lanjut tentang cara AI generatif berfungsi untuk pembangun permainan.
Mulakan dengan memasukkan gesaan teks atau memuat naik imej rujukan. Sistem menyesuaikan input ini dengan mentafsirkan perkara yang anda minta dan membuat persediaan untuk menjana hasil.
Input ditukar kepada perwakilan berangka yang boleh difahami oleh model. Contohnya, perkataan dipecahkan kepada token, manakala imej ditransformasi menjadi titik data yang menggambarkan bentuk, warna, dan ciri.
Model AI generatif menilai input anda berbanding dengan perkara yang telah dipelajari daripada data latihan, dengan memberi perhatian kepada perhubungan dan konteks. Penjajaran ini membantu dalam memastikan output sepadan dengan hasrat anda dan kekal berkaitan dengan permintaan anda.
Berdasarkan latihannya, model menjana kandungan baharu, seperti meramalkan perkataan seterusnya dalam ayat, menghalusi hingar rawak menjadi imej, atau menghasilkan audio yang sesuai dengan perihalan.
Pengesetan pengguna, seperti gaya, nisbah aspek, atau palet jenama akan membimbing proses. Kawalan ini membantu dalam mengemudi output ke arah rupa, nada, atau kes penggunaan tertentu.
Sistem akan memperkemaskan output, menambah baik kualiti dan menerapkan pelarasan akhir. Anda kemudiannya boleh memuat turun, mengeksport, atau menghalusi hasil tersebut dengan lebih lanjut menggunakan alat Firefly atau app Adobe kegemaran anda.
Dalam masa yang singkat, AI generatif menjadi alat yang semakin penting untuk para artis. Teruskan membaca untuk mengetahui perihal seni AI generatif, cara mencipta karya seni dan cara anda boleh menggunakannya dalam amalan anda.
Surealisme, Kubisme, Impresionisme — ketahui cara untuk mencipta imej dalam gaya seni ini dan gaya seni yang lain dengan AI generatif.
Dengan gesaan teks yang betul dan sedikit pengetahuan, arkitek boleh menggunakan AI generatif untuk meneroka, mencetuskan idea dan meningkatkan wawasan mereka.
Ketahui cara menulis gesaan yang berkesan untuk AI generatif bagi mendapatkan hasil yang menakjubkan untuk reka bentuk grafik.
Based on your location, we think you may prefer the United States website, where you'll get regional content, offerings, and pricing.