AI GENERATIF UNTUK PERUSAHAAN

Pacu hasil perniagaan dengan AI generatif Firefly. 

Sebagai sebuah platform AI yang menyeluruh untuk penciptaan kandungan, Firefly direka bentuk untuk selamat bagi kegunaan komersial, boleh diskalakan merentas pasukan dan boleh disesuaikan dengan jenama anda. 

Terokai perbezaan Firefly. 

Sebagai peneraju teknologi kreatif, Adobe merupakan rakan kongsi yang boleh anda percayai untuk membantu anda mempercepat penjanaan idea dan menskalakan pengeluaran kandungan merentasi perusahaan anda dengan menggunakan AI generatif. Lihat kelebihan apabila menyepadukan Firefly ke dalam aliran kerja kandungan anda. 

Ikon hitam putih yang menunjukkan simbol berbentuk bintang yang digunakan oleh Adobe untuk menandakan keupayaan AI.

Keluasan dan kedalaman keupayaan model AI berkualiti tinggi 

Ikon hitam putih yang menunjukkan anak panah bergerak dari satu titik ke titik yang lain.

Disepadukan ke dalam aliran kerja kandungan anda

Ikon hitam putih yang menunjukkan tanda semak dibulatkan.

Dibangunkan secara bertanggungjawab dan direka bentuk untuk selamat bagi kegunaan komersial

Ikon hitam putih yang menunjukkan petua alat produk.

Boleh disesuaikan supaya padan dengan jenama anda 

 Tangkapan gambar produk beg tangan kuning dengan latar belakang tumbuhan, bunga dan asap merah jambu. Di tepi gambar ini, terdapat tiga variasi imej dengan skema warna yang berbeza, dengan tudingan kursor yang sedang memilih tangkapan gambar terbaik.

AI generatif terbenam dalam alat utama dan aliran kerja. 

Dengan ketinggian keupayaan AI generatif yang disepadukan ke dalam alat yang digunakan dalam kreatif oleh pakar pemasaran, mereka boleh menjana idea dan bekerja dengan lebih cepat apabila mereka mencipta imej, vektor dan banyak lagi.

API yang memudahkan penskalaan dan automasi pengeluaran. 

Gantikan tugas manual yang berulang-ulang untuk mencipta beratus-ratus variasi aset dengan lebih cepat daripada sebelum ini. Automasikan, peribadikan dan setempatkan variasi mengikut skala dengan menggunakan Perkhidmatan Firefly termasuk API untuk Firefly dan Creative Cloud. 

 Tangkapan gambar produk beg tangan kuning dengan latar belakang tumbuhan, bunga dan asap merah jambu. Di tepi gambar ini, terdapat tiga variasi imej dengan skema warna yang berbeza, dengan tudingan kursor yang sedang memilih tangkapan gambar terbaik.

Model Tersuai dan Kit Gaya mengekalkan gaya jenama pada karya. 

Jana imej jenama dengan melatih model Firefly tersuai dengan menggunakan gaya dan subjek anda sendiri. Kekalkan konsistensi dan skalakan penciptaan kandungan merentas pasukan dengan membina, menyimpan dan berkongsi gaya, kempen, gesaan teks dan banyak lagi dengan Kit Gaya (akan datang tidak lama lagi). 

Grid imej berwarna-warni yang dijanakan oleh Firefly, termasuk seekor anjing yang memakai baju panas, seekor unicorn dalam pemandangan hutan, dan sebuah bangunan putih bergaya futuristik dengan atap yang melengkung dan terjulur.

Direka dengan bertanggungjawab untuk selamat bagi kegunaan komersial. 

Cipta dengan keyakinan apabila anda tahu bahawa model AI generatif Firefly kami telah dilatih dalam kandungan berlesen, seperti Adobe Stock, dan kandungan domain awam yang hak cipta telah tamat tempoh. Kami tidak melatih model Firefly asas kami dengan data latihan Model Tersuai anda. Pelanggan yang melanggan pelan yang layak boleh mendapat perlindungan ganti rugi IP untuk imej yang dijanakan (terma diterima terpakai). 

Lihat cara ciri digunakan.

Perkhidmatan Firefly

Model Tersuai

Rantaian Bekalan Kandungan

Lihat cara Perkhidmatan Firefly boleh membantu anda mempercepat rantaian bekalan kandungan anda. 

Lihat cara IBM mengubah semula penciptaan kandungan dan pemasaran digital dengan menggunakan Firefly. 

Selain daripada peningkatan interaksi sebanyak 26x dengan aset sosial janaan AI, syarikat tersebut telah memperkemas aliran kerja untuk membantu karyawan kreatif dan pakar pemasaran memfokuskan lebih banyak masa pada kerja yang bernilai lebih tinggi. 

Logo IBM, dengan huruf I, B dan M dalam corak jalur melintang putih.

Pandangan juruanalisis. 

Logo IDC, dengan huruf I, D dan C berwarna hitam dan bersebelahan dengan ikon bulat dengan jalur hitam dan putih.

"Pembekal teknologi tersebut kekal menjadi salah satu peneraju awal yang lebih berjaya dari segi cara memaksimumkan peluang berkenaan dengan penyelesaian AI Generatif berorientasikan visual (iaitu, imej, video dan 3D). Pendekatan menyeluruh Adobe terhadap inovasi bertanggungjawab berusaha mengenal pasti, mengumpulkan dan mengurus risiko berasaskan AI untuk rantaian nilai hujung ke hujung mereka, termasuk impak pada tahap syarikat, pencipta dan pengguna/pelanggan."

Adobe MAX 2023: GenAI and Adobe Firefly Take Center Stage — Matt Arcaro, IDC (November 2023)

Logo The Futurum Group, dengan nama syarikat berwarna hitam yang bersebelahan dengan grafik bulu berwarna hitam dan putih.

"Dengan produk Firefly Adobe yang akan menyambut ulang tahun pertamanya pada 21 Mac tanpa apa-apa isu yang besar dalam penjanaan imej yang tidak senonoh, berat sebelah atau mengelirukan, produk ini menunjukkan nilai bahawa kerja keras penilaian imej dan latihan boleh membantu membawa kepada produk yang boleh dipercayai dalam situasi komersial, termasuk aliran kerja pemasaran dan e-dagang. Selanjutnya, dengan menyepadukan teknologi Firefly merentas portfolio produk, Adobe menjadi tunjang kukuh di sebalik teknologi sebagai perkhidmatan gred perusahaan yang dipercayai."

Ensuring Generative AI-Driven Image Generation Is Enterprise-Grade — Keith Kirkpatrick, Futurum (February 2024)

Logo Forrester, dengan nama "Forrester" dalam huruf berwarna hitam.

"Adobe merupakan satu-satunya pembekal model penjanaan imej yang ada asas kukuh untuk mengatakan bahawa semua data yang digunakan untuk melatih model adalah dimiliki atau berlesen sepenuhnya oleh mereka. Platform ini mempercepat kelajuan lelaran aliran kerja penciptaan kandungan untuk orang yang boleh menggunakan produk mereka."

Mari bincang tentang cara anda boleh mengubah penciptaan kandungan dengan Adobe. 

Soalan? Kami mempunyai jawapannya.

Firefly ialah rumpun baharu model AI generatif kreatif yang memperkasakan produk Adobe. Firefly menawarkan cara baharu untuk menjanakan idea, mencipta dan berkomunikasi sambil meningkatkan aliran kerja kreatif dengan ketara. Firefly merupakan lanjutan tabii teknologi yang telah dibangunkan oleh Adobe sepanjang 40 tahun ini, yang didorong oleh kepercayaan bahawa semua orang harus diperkasakan untuk merealisasikan idea mereka di dunia ini sama seperti cara mereka mencipta imaginasi itu.

Sebagai sebahagian daripada usaha Adobe untuk mereka bentuk Firefly supaya selamat untuk kegunaan komersial, kami melatih model Firefly komersial awal kami pada kandungan berlesen, seperti Adobe Stock dan kandungan domain awam yang hak cipta telah tamat tempoh. Selain itu, sebagai rakan usaha sama pengasas Content Authenticity Initiative (CAI), Adobe menetapkan standard industri untuk AI generatif yang bertanggungjawab. CAI ialah komuniti syarikat media dan teknologi, NGO, ahli akademik dan pihak-pihak lain yang berusaha untuk menggalakkan penggunaan standard industri terbuka untuk kesahihan dan asal usul kandungan.

 

Perkara ini selaras dengan Coalition for Content Provenance and Authenticity (C2PA), yang telah membangunkan standard teknikal terbuka yang memberi penerbit, pencipta dan pengguna keupayaan untuk memahami asal usul pelbagai jenis media, termasuk keupayaan untuk menambah Kelayakan Kandungan yang membolehkan pencipta menunjukkan bahawa AI generatif telah digunakan. Ketahui lebih lanjut tentang kelayakan kandungan.

Model AI generatif Firefly semasa telah dilatih dengan kandungan berlesen seperti Adobe Stock, bersama dengan kandungan domain awam yang hak cipta telah tamat tempoh.

Adobe telah mengumumkan Model Tersuai baru-baru ini, yang merupakan cara yang membolehkan pencipta dapat melatih model dengan aset mereka sendiri supaya mereka boleh menjanakan kandungan yang sepadan dengan gaya unik, jenama dan bahasa reka bentuk mereka tanpa dipengaruhi oleh kandungan pencipta lain. 

 

Adobe akan terus mendengar dan bekerjasama dengan komuniti kreatif untuk menangani perkembangan masa depan model latihan Firefly.

Tidak. Kami tidak melatih model AI generatif Firefly kami pada mana-mana kandungan peribadi pelanggan Creative Cloud atau Adobe Experience Cloud.

Kami terus berusaha untuk menyepadukan Firefly ke dalam Creative Cloud, Experience Cloud dan Adobe Document Cloud. Ciri yang dikuasakan oleh Firefly boleh ditemukan sekarang dalam Adobe Express, Photoshop, Illustrator, Adobe Stock dan firefly.adobe.com.

Dengan menggunakan Adobe ID dan Federated ID, anda boleh mengakses app web Firefly untuk mencuba semua keupayaan berbeza yang tersedia.

Untuk ciri tanpa label beta, anda boleh menggunakan output yang dijanakan daripada Firefly dalam projek komersial anda. Untuk ciri yang kini dalam fasa beta, anda boleh menggunakan output yang dijanakan daripada Firefly untuk projek komersial anda melainkan dinyatakan secara eksplisit dalam produk.
 

Seperti penggunaan semua produk dan perkhidmatan Creative Cloud, output Firefly tidak boleh digunakan dengan cara yang menyalahi undang-undang (termasuk untuk mencabuli atau melanggar hak orang lain) atau berkaitan dengan tindakan mencipta, melatih atau menambah baik model AI/ML. Ketahui lebih lanjut

Ya, jika organisasi telah membeli kelayakan yang sesuai (yang memerlukan peristiwa kontrak baharu), tertakluk pada terma, syarat dan pengecualian yang berkenaan. Ketahui lebih lanjut

Pelanggan perusahaan boleh membeli kelayakan yang disertakan dengan ganti rugi IP berkontrak untuk output Firefly terpilih melalui lesen tapak Adobe Express dan Firefly, atau melalui Creative Cloud tertentu untuk pelan perusahaan. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Hal ini bergantung pada undang-undang bidang kuasa tempatan anda. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu ini, lihat siaran blog Copyright Alliance daripada peguam hak cipta utama Adobe.

Lihat halaman web Firefly.