Adobe Document Cloud dan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR)

Apakah itu GDPR dan bagaimana ia memberi kesan kepada penggunaan Document Cloud oleh perniagaan anda?

Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) ialah undang-undang privasi baharu Kesatuan Eropah yang menyelaraskan dan memodenkan keperluan perlindungan dara merentas EU. Walaupun terdapat banyak keperluan baharu atau dipertingkat berbanding undang-undang privasi EU sebelumnya, prinsip dasar terasnya kekal sama. Peraturan baharu ini mempunyai definisi yang luas tentang data peribadi dan jangkauan yang meluas, memberi kesan kepada mana-mana syarikat yang memasarkan produk dan perkhidmatan kepada individu di EU. Sebagai Pemproses Data anda yang dipercayai, kami komited membantu anda dalam perjalanan pematuhan GDPR anda.

Kesediaan GDPR: Tanggungjawab terkongsi.

GDPR ialah perjalanan pematuhan terkongsi, dengan peraturan yang menetapkan kewajipan untuk pelbagai pihak. Untuk pengguna Document Cloud, contoh di bawah menetapkan peraturan untuk perusahaan dan institusi (Pengawal Data) penyedia teknologi (Pemproses Data) dan tempat Pemproses Data mungkin perlu membantu atau bekerjasama dengan Pengawal Data sama ada melalui alat, proses atau dokumentasi untuk membantau Pengawal Data.

Pengawal perusahaan
Tanggungjawab perusahaan

Asas pematuhan keselamatan dan privasi yang kukuh.

Kami telah melaksanakan set proses dan kawalan keselamatan disahkan yang dipanggil Rangka Kerja Kawalan Umum Adobe untuk membantu melindungi data yang diserahkan kepada kami. Rangka kerja ini membantu kami mematuhi beberapa pensijilan, standard dan peraturan keselamatan dan privasi, termasuk SOC 2, ISO 27001 dan EU-U.S. Privacy Shield.

Muat turun telah bermula

Privasi melalui rekaan

Adobe mempunyai amalan berpanjangan menggabungkan usahan pembangunan produk proaktif, yang bermakna kami memikirkan privasi sejak permulaan apabila berkaitan kitaran hidup kami. Ini juga dikenali sebagai “privasi melalui rekaan.”

Cari Acrobat Pro

Pemindahan data

Kami telah mendapatkan pensijilan rangka kerja EU-U.S. dan Swiss-U.S. Privacy Shield untuk data berkaitan pelanggan. Ini memberi pelanggan kami pilihan untuk bergantung pada rangka kerja ini atau memasuki Klausa Kontrak Standard (juga dikenali sebagai Klausa Model EU) untuk pemindahan data dari EU ke A.S. Anda boleh menemukan lebih banyak maklumat tentang ini dalam Pusat Privasi, bersama dengan maklumat tentang cara meminta Klausa Kontrak Standard.

Cari Acrobat Pro

Terma kontrak

Kami telah mengemas kini Perjanjian Pemprosesan Data Adobe untuk mengambil kira keperluan GDPR.

Cari Acrobat Pro

Rekod pemprosesan

Kami berusaha untuk mendokumenkan amalan privasi yang telah kami gunakan untuk mematuhi keperluan menyimpanan rekod dipertingkat secara formal.

Cari Acrobat Pro

Pasukan perlindungan data

Pada masa ini, kami mempunyai ketau pegawai privasi, seorang pegawai perlindungan data Ireland dan pasukan privasi khas dan kami akan terus menilai sama ada kami perlu mengambil apa-apa langkah tambahan dengan menbambil kira keperluan baharu.

Cari Acrobat Pro

Inovasi produk dan proses

Kami sentiasa mendengar pendapat pelanggan kami dan mencari cara untuk memudahkan dan mengautomasikan tawaran produk dan perkhidmatan kami dengan lebih lanjut untuk menyokong keperluan GDPR mereka dengan lebih baik.

Perkhidmatan dalam talian Adobe tersedia hanya untuk pengguna 13 tahun dan ke atas dan memerlukan perjanjian kepada terma tambahan dan Dasar Privasi Adobe. Perkhidmatan dalam talian tidak tersedia di semua negara atau bahasa, mungkin memerlukan pendaftaran pengguna dan mungkin dihentikan atau diubah sepenuhnya atau sebahagian tanpa notis. Yuran atau langganan tambahan mungkin dikenakan caj.