Sekiranya aliran kerja kami bertindak lebih unggul, itu adalah sebab aliran kerja kami memang unggul.
Lebih daripada proses tandatangan, dengan Acrobat Sign, anda boleh menggunakan alat reka bentuk visual untuk mengautomatikkan setiap tugas dalam aliran kerja dokumen dari awal hingga akhir pengurusan aliran kerja yang lebih baik.
Halakan dokumen dalam susunan yang betul.
Dengan Acrobat Sign, sesiapa sahaja dalam organisasi anda boleh menyesuaikan dan mengautomatikkan aliran kerja dokumen untuk mendapatkantandatangan elektronik, mengumpulkan data borang, mengesahkan penghantaran dokumen penting untuk memperkemas pengurusan aliran kerja, dan majukan perniagaan dalam beberapa langkah yang mungkin.
- Tugaskan peranan termasuk penandatangan, pelulus, penerima, pengisi borang, penerima yang diperakui, dan pemberi kuasa
- Halakan kepada penerima dalam susunan yang betul.
- Jemput berbilang peserta dengan satu permintaan
- Membolehkan sesiapa sahaja daripada kumpulan menandatangani atau memberi respons
- Menyediakan peringatan dan pemberitahuan
Cipta templat boleh guna semula untuk pasukan anda.
Visual Workflow Designer dalam Acrobat Sign memudahkan untuk mencipta templat aliran kerja boleh guna semula yang membantu pengguna mengelakkan kesilapan biasa dan memastikan hasil yang konsisten dan bebas ralat. Sangat mudah untuk menentukan perkara berikut:
- Dokumen yang perlu disertakan dalam perjanjian
- Ciri peserta
- Medan borang untuk dipraisi oleh pengirim
- Tamat tempoh perjanjian atau pilihan kata laluan
- Arahan untuk pengguna
Mengautomatikkan proses dari hujung ke hujung.
Cipta pengalaman dalam talian dan layan diri yang membantu pelanggan, rakan kongsi, atau pekerja memulakan proses perniagaan, dan memulakan aliran kerja yang tepat untuk kesempatan yang tepat secara automatik.
1.Mulakan proses baharu.
Cipta borang HTML untuk melayakkan permintaan baharu dan pilih borang atau pakej dokumen yang tepat untuk situasi yang tepat.
2. Cetuskan langkah seterusnya.
Gunakan logik bersyarat untuk menghalakan setiap permintaan dengan betul, jadi dokumen bergerak secara automatik dari satu tugasan ke tugasan seterusnya.
3.Ambil tindakan.
Halakan tugas kepada orang yang betul secara automatik. Kumpulkan dokumen, semak, luluskan, tandatangani, hantar dan banyak lagi.
4. Gunakan papan pemuka.
Uruskan dokumen yang ditandatangani dan diterima, jana laporan, dan dapatkan keterlihatan masa nyata ke dalam kitaran dokumen.
Mega Sign. Daripada satu. Kepada Banyak.
Hilangkan tekanan mengejar tandatangan daripada ratusan orang. Apabila anda perlu mendapatkan perjanjian sama yang ditandatangani oleh orang ramai — dan anda mahu perjanjian tersebut diperibadikan untuk setiap penandatangan — lakukan dalam beberapa langkah pantas dengan ciri Mega Sign dalam Acrobat Sign. Hanya import senarai anda. Pilih borang anda. Dan tekan Hantar.
Masukkan lebih banyak aliran kerja ke dalam aplikasi perusahaan anda juga.
Perkemaskan pengurusan dokumen anda dengan integrasi Acrobat Sign yang telah dibina sebelumnya. Semua ini berjalan dalam aplikasi perusahaan yang telah anda gunakan — termasuk Salesforce, Workday, Apttus, Ariba dan banyak lagi — dan sedia untuk digunakan, tanpa sebarang pengekodan.
Lihat dalam Salesforce.
Integrasi Acrobat Sign berfungsi secara asli dengan templat perjanjian Salesforce. Dalam beberapa klik pantas, anda boleh memilih versi terkini perjanjian, yang telah diisi terlebih dahulu dengan maklumat pelanggan, dan hantarkan untuk tandatangan — terus dalam Salesforce atau aplikasi mudah alih Salesforce.
Apa lagi yang anda perlu tahu?
Terokai tiga aliran kerja tanpa pendedahan menggunakan Acrobat Sign.
Mematuhi keperluan undang-undang yang paling mencabar. Mudah dengan Acrobat Sign.
Ingin tahu lebih lanjut?
Sama ada anda memerlukan beberapa maklumat asas tentang penyelesaian kami atau anda mahukan sebut harga tersuai untuk keperluan perniagaan unik anda, kami bersedia untuk membantu anda menjawab soalan anda.