Pengeditan video mudah. Impak besar di media sosial.
Adobe Premiere Rush ada semua alat pengeditan yang anda perlukan untuk mencipta video pendek YouTube tersuai dan kandungan video lain. Ketahui cara perisian pengeditan video yang canggih boleh membantu anda meningkatkan kreativiti — dan kehadiran anda di media sosial.
Gabungkan semuanya dalam siaran sosial anda.
Intuitif dan lancar, Premiere Rush membantu anda mencipta video terbaik untuk saluran YouTube, Instagram atau Facebook anda. Tingkatkan siaran anda dengan perisian audio dan pengeditan video yang mudah digunakan. Rakam penampilan YouTuber atau pembuat filem gaya Hollywood kegemaran anda.

Arahan dalam aplikasi pada setiap peranti.
Potong dan edit video dengan mudah dengan panduan interaktif dan tip alat pengeditan. Selain itu, arahan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan minat anda.

Rakam video dan foto. Rakam imaginasi.
Rakaman pertama anda hingga pengeditan terakhir anda, semuanya di satu tempat. Premiere Rush ialah aplikasi pengeditan yang menempatkan semuanya di tapak tangan anda dengan tangkapan video dan foto terbina dalam.

Audio yang jelas dan berkualiti.
Daripada pengenalan rakaman suara hingga lenyap silang, bisu bunyi hingga penenggelaman automatik, anda ada alat untuk memproses pengeditan audio anda dengan sempurna.

Tambah teks animasi kepada video dalam talian.
Gunakan alat pengeditan video untuk menyeret dan meletakkan judul, kapsyen, dan sebagainya ke dalam video anda semasa pasca produksi.

Penampilan profesional dipermudahkan
Ubah yang biasa menjadi luar biasa. Akses templat grafik bergerak berkualiti profesional dan kemudian sesuaikan teks, dan saiz mengikut idea anda.
Beberapa tip untuk pengeditan video media sosial dan YouTube.
Atasi keluk pembelajaran dengan panduan program pengeditan video mudah untuk siaran berimpak tinggi dengan tutorial pantas ini. Ikuti panduan untuk pembetulan mudah, keterangan jelas dan ciri-ciri lanjutan — semua yang anda perlukan untuk merakam peristiwa.
Terokai tutorial

Ketahui cara untuk menambah teks kepada video.
Peribadikan klip video anda dengan tera air atau menambah teks dengan templat grafik bergerak. Mudah untuk memadankan perkataan anda apabila mengedit video untuk Instagram dan platform lain.

Siarkan di mana-mana platform.
Memuat naik adalah mudah dari mana-mana peranti Mac atau Windows dengan arahan pantas ini tentang cara untuk berkongsi video anda di YouTube, Instagram atau mana-mana saluran sosial lain, terus dari Premiere Rush.
Cara untuk mendapatkan Premiere Rush
Mulakan secara percuma atau dapatkan Premiere Rush sebagai sebahagian daripada keahlian Adobe Express.
Pemula Premiere Rush
Percuma
Eksport tanpa had
Pengeditan mudah dan kesan
Sesuaikan judul animasi
Tambah runut bunyi dari pustaka percuma kami
Akses kepada semua ciri dan kandungan Premiere Rush
Segerakkan projek video merentasi peranti mudah alih dan desktop
Ciri dan kandungan Adobe Express, termasuk Photoshop Express
Storan awan 100 GB (Naik taraf untuk mendapatkan banyak lagi)